Kami mulakan tahun 2020 dengan sebuah lagi filem komedi yang dilakonkan oleh ohn Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haybert, Judy Greer, arahan Andy Fickman.
Jika sebelum ini ramai yang mengenali John Cena sebagai seorang ahli gusti, agak-agaknya macam mana pula bila dia beraksi sebagai pelakon komedi ya?
Playing With Fire menceritakan tentang sekumpulan anggota bomba lasak, yang bercadang untuk menjaga sekumpulan adik-beradik yang mereka selamatkan dari kebakaran, menyedari mereka telah bertemu lawan mereka melalui tiga kanak-kanak nakal itu.
IKLAN
Filem ini bakal ditayangkan bermula 9 Januari 2020 di seluruh pawagam tanah air, tapi macam biasa #WayangRemaja nak berikan korang sepasang tiket percuma untuk menonton tayangan perdana Playing With Fire.
Tarikh: 8 Januari 2020
IKLAN
Masa: 8.30 malam
IKLAN
Lokasi: GSC 1 Utama, Damansara
Peraduan ini hanya untuk individu yang tinggal berhampiran Lembah Klang sahaja untuk memudahkan proses pemberian tiket.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan pelakon Emma Roberts ini, berlakon sejak dari usia 9 tahun lagi dia boleh dikatakan sinonim dengan filem-filem zaman remaja kita.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘American Horror Story’ dan ‘Scream Queens’ ini telah mengumumkan bahawa dia dan pasangannya, Garrett Hedlund sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka menerusi satu hantaran di Instagram.
Dia yang sangat menjaga privasi kehidupan peribadinya hanya mengumumkan berita gembira kepada umum setelah kandunganya kelihatan.
Berikut adalah lima fakta tentang si cantik ini: –
1. Dia merupakan anak saudara kepada pelakon hebat, Julia Roberts.
2. Membintangi filem Valentine bersama ibu saudaranya namun watak mereka tidak berada dalam satu skrin dan set yang sama.
3. Pernah menghasilkan album pada tahun 2005 yang bertajuk Unfabulous and More.
4. Pernah bercinta dengan pelon Alex Pettyfer, Dathan Kuppin dan Chord Overstreet. Oh so hansome! Hiks.
5. Nama tengahnya ialah Rose. Menjadikan nama penuhnya Emma Rose Roberts.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Bila nama manusia, pasti akan diuji. Setiap manusia sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini dengan berbagai-bagai ujian. Tambahan lagi di alam rumah tangga.
Jika sebelum ini, kecoh di media sosial apabila kemelut melanda rumah tangga antara pelakon sensasi Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi santapan netizen.
Nampaknya ada hikmah atas apa yang berlaku. Terbaru, rezeki mencurah buat Nurul Shuhada apabila dia ditawarkan menjadi model untuk sebuah jenama fesyen muslimah terkenal.
Menerusi laman Instagram, seorang jurumekap dikenali sebagai Leeya berkongsi satu video menata rias wajah wanita berusia 29 tahun itu ketika menjayakan ‘photoshoot’ atau penggambaran bagi koleksi pakaian jenama tersebut.
“Shuhada Shukri for Bella Ammara. Please remember you are beautiful and powerful, Leeya sentiasa doakan Shu. Shu baru bukak benang jahit semalam so area situ tak boleh letak any product,” tulisnya.
Difahamkan, dua anak Shuhada iaitu Humairah dan Umar turut terlibat sama dengan menggayakan pakaian jenama berkenaan dipercayai bagi koleksi raya yang bakal diraikan dalam tempoh dua bulan lagi.
Dugaan dan ujian itulah yang membuatkan kita lebih memahami erti kehidupan. Dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai latihan dalam kehidupan. Moga Shu lebih positif, sabar, lebih cekal dan berani.
Tapi cantikkan bila Shu ni disolek sebegini…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam banyak-banyak kenangan yang selalu kita ingat kembali, yang paling tak dapat dilupakan adalah semasa korang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kalau nak recap balik, dua jam bercerita pun tak cukup.
Ada yang malu-malu sebab result mereka taklah berapa memberansangkan, result di kolej lebih baik sebab semakin matang katanya. Ada juga yang ala-ala bersifat #humblebrag, result hebat berderet A tapi malu-malu nak cakap. Nanti orang kata riak pula kan hehe..
Apa-apa pun, ramai pelajar yang merasa terharu apabila selebriti Malaysia bertindak sweet dan mengucapkan all the best kepada pelajar SPM tahun ini.
Tasha Manshahar
Bersedia dengan apa jua keputusan yang bakal kalian terima. You guys have done your very best kan? InshaAllah kita akan dapat hasil yang sesuai dengan apa yang kita dah usahakan. Doa banyak-banyak Allah beri kemudahan, ketenangan dan kelapangan hati untuk ambil result esok.
Tiba-tiba Kak Tasha teringat masa Kak Tasha ambil result SPM dulu. Baru nak keluar rumah air mata dah bergenang nervous punya pasal. Tapi, result dah ada. Menangis pun tak ubah apa-apa dekat slip tu. So, Kak Tasha hadap je dengan bergaya.
Don’t forget to thank your parents and teachers for their du’as and effort! Thank yourself too for doing your very best. Paling penting, THANK ALLAH for giving you the opportunity to live, grow and learn. Semoga berbaloi usaha adik-adik semua selama ni. All the best!
Faiz Roslan
Thanks yang wish goodluck for SPM result. Jangan risau sis dah baca ya thank you.
Wany Hasrita
Hi Assalamualaikum semua, kak Wany nak ucap good luck kepada semua yang akan ambil result SPM hari ini, termasuklah adik Muhammad Azman Shah. Iman! Good luck ambil result hari ini okay, nanti bagi tau Kak Wany! Apa pun yang kita dapat hari ini kita kena sentiasa bersyukur kerana itu adalah rezeki kita. Kita kena sentiasa teruskan perjuangan.
Hafreez Adam
Good luck yang ambil result SPM tu! All the best! Share result nanti okay.
Iswan Ismail
Good luck kepada adik-adik (adik sangat!) semua yang nak ambil result SPM esok!! Yang paling penting you (have) tried your best. InsyaAllah semua akan lulus dengan baik. Amin.
Aiman Tino
Goodluck kepada semua yang nak ambil result SPM esok (hari ini). Yang berjaya, tahniah diucapkan. Yang tak berjaya tu jangan GIVE UP. Anda yang menentukan MASA DEPAN anda. Bukan kertas yang menentukan. Sukses! #batch2000
Khai Bahar
Good luck adik-adik nak amik result SPM esok. Semoga dapat keputusan cemerlang.
Cupcake Aisyah
Goodluck for your SPM results.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai...