Rawat Masalah Ekzema Dan Psoriasis Dengan 4 Ramuan Alami Di Rumah. Bukan Saja Mudah, Malah Lebih Jimat

3297

Kalau sebut ekzema rasanya memang ramai yang dah tahu, tetapi penyakit psoriasis mungkin masih ada lagi yang tertanya-tanya dan tidak faham. Sebenarnya, ekzema dan psoriasis ini seakan sama kerana ia adalah gejala kulit kering dan gatal.

Apa itu ekzema?

Menurut koskinspecialist, istilah ekzema merujuk kepada pelbagai jenis penyakit kulit radang dan punca utama tidak diketahui tetapi ia berkaitan dengan genetik individu di mana sistem imun badan mempunyai respons yang terlalu aktif.

Sabun, kain, peluh, binatang dan perengsa lain boleh mencetus penyakit ini tetapi ia tidak merebak. Ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, gatal dan berpeluh dan kerana itu, jika digaru boleh menyebabkan nanah dan kudis pada tubuh badan.

 

 

Psoriasis lebih kronik

Penyakit ini adalah keadaan kronik yang berulang-ulang kerana pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak terkawal. Sel-sel ini akan bertimbun dan menjadi tebal, bersisik serta menyebabkan rasa gatal. Penyakit ini tidak menentu dan kerana itu, ia menyukarkan untuk mendapat rawatan.

Namun, bagi mereka yang menghidap psoriasis perlu sentiasa berfikiran terbuka dan mempunyai kesabaran yang tinggi serta bekerjasama dengan doktor untuk menjayakan rawatan ini.

 

 

Bagi kedua-dua simptom ini, biasanya krim topikal diberikan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Jika kes yang lebih kronik, ubat oral seperti antihistamin atau kortikosteroid akan dipreskripsikan untuk mengawal penyakit ini dengan lebih berkesan. Jika tanda-tanda jangkitan mula muncul, antibiotik akan diberi. Suplemen seperti omega-3, vitamin D dan vitamin E boleh menggalakkan penyembuhan kulit.

Rawatan alami

Daripada segi perubatan moden dan pandangan pakar, apa yang dijelaskan tadi mungkin salah satu cara yang boleh anda rujuk untuk merawat ekzema dan psoriasis. Namun begitu, terdapat beberapa rawatan alami yang boleh anda cuba.

Menurut portal mensive, empat ramuan yang ada di rumah ini telah terbukti dapat mengurangkan gejala dan membantu masalah kulit tegang.Berikut merupakan bahan-bahan yang boleh anda kenal pasti untuk membuat rawatan ini.

1. Lemak sayuran

 

 

Ramuan ini sesuai untuk disapu di atas kulit yang kering atau mengelupas. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tampalkan dengan surgical tape. Biarkan selama dua hingga empat jam untuk ia lembap pada kulit. Ulang rawatan ini setiap hari sehingga ruam hilang.

2. Minyak sayuran, Minyak zaitun dan Oatmeal 

 

 

Bahan ini boleh dijadikan sebagai rawatan mandian dengan menambah satu cawan minyak sayuran atau minyak mineral ke dalam mandian hangat bagi melembapkan dan melicinkan kulit yang kering.

Selain itu, anda juga boleh campurkan dua sudu teh minyak zaitun dengan segelas susu dan masukkan ke dalam air mandian.

Ketiga, lakukan mandian oatmeal kerana ia sangat baik untuk melegakan kulit gatal. Kisar beberapa cawan oatmeal (tidak berperisa), kemudian taburkan ke dalam air mandian. Tambahkan satu sudu teh minyak pati lavender untuk lebih menenangkan tubuh badan dan menyembuhkan kulit.

3. Kunyit

 

 

Curcumin, antioksidan yang terdapat dalam kunyit telah terbukti dapat melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas dan menyembuhkan luka dengan cepat. Ambil kira-kira satu sudu teh kunyit setiap hari dan boleh dikombinasikan bersama nasi, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Cuka epal

 

 

Ramuan ini digunakan untuk melegakan radang pada kulit atau terbakar dan juga dapat membasmi kuman. Guna kapas untuk menyapu cuka secara langsung pada bahagian tubuh yang bersisik atau menyapu di kawasan yang lebih besar dengan tuala yang bersih.

Perhatian: Jangan guna ramuan ini jika kulit anda merekah atau berdarah kerana ia akan memedihkan dan menghakis kawasan itu.

Diingatkan kembali, ini adalah sekadar usaha yang boleh anda cuba. Sekiranya penyakit masih merebak. Segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor.