Kebakaran Hutan Australia, Korang Boleh Adopsi Koala Untuk Bantu Misi Menyelamat

236

Awal tahun 2020 dimulai dengan berita yang agak sedih apabila kira-kira setengah billion haiwan dianggarkan terkorban akibat kebakaran di Australia sejak hujung Ogos tahun lalu.

Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kira-kira 8,000 koala mati terbakar iaitu satu pertiga daripada seluruh populasi koala di New South Wales.

Rentetan daripada berita tersebut, sebuah hospital koala di New South Wales, Hospital Port Macquarie Koala membolehkan korang untuk mengadopsi koala dalam penjagaan mereka, tidak kiralah korang berada di mana sahaja.

Maknanya, korang tak perlu berada di Australia untuk mengadopsi koala. Hanya pilih tiga pakej yang disenaraikan di bawah untuk menyokong usaha mereka bagi membantu memberi dana untuk menyelamatkan koala di negara tersebut.

⦁ AUD40 (RM112.90) setahun dan korang akan menerima e-sijil dari hospital berserta gambar dan nama koala yang diadopsi bersama nama korang juga

⦁ AUD70 (RM197.57) korang akan mendapat sijil fizikal, booklet hospital mengenai koala, latar belakang koala yang diadopsi, penanda buku koala dan satu salinan majalah hospital yang akan dihantar kepada korang

Kesemua duit yang diterima akan disalurkan untuk rawatan serta pembiayaan bahan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang haiwan-haiwan yang memerlukan.

Namun begitu sekiranya korang tidak mampu untuk mengadopsi koala tersebut, ada cara lain juga untuk membantu mereka dengan menderma mengikut kemampuan di laman web GoFundMe yang turut sama dalam usaha membantu koala yang terjejas dalam kebakaran hutan di Australia.

Kalau korang rasa kesian melihat nasib koala yang viral di media sosial sejak beberapa minggu lalu, inilah masanya untuk menyalurkan rasa simpati dan bantuan korang bagi menyelamatkan spesis ini.

Sumber: World of Buzz