Selepas ‘Pulang’, Filem Paling Mahal Malaysia Ini Bakal Ditayangkan Di Netflix

655

Berita baik buat kamu yang gemar menonton siri Netflix, tak lama lagi, filem Paskal akan sertai portal himpunan filem dan siri berbayar itu! Teruja tak?

Filem yang mengesahkan tentang pasukan khas tentera laut yang diberi nama Paskal menjalankan tanggungjawab mereka demi keamanan perairan di Malaysia. Paskal yang diadaptasikan dari kisah benar dibintangi oleh Hairul Azreem, Jasmin Suraya Chin, Tiger Chen Hu dan ramai lagi.  Filem ini bakal menemui pelanggan Netflix pada 15 Mac ini.

Filem yang mendapat kutupan 22 Juta ini menjadikan antara filem ketiga terbaik dalam industri perfileman tahun lalu.

Wakil Netflix memberitahu The Malay Mail semalam, selain daripada Paskal, peminat filem melayu yang terlepas menonton filem Rise: Ini Kalilah di pawagam sudah boleh menonton filem itu di Netflix sejak semalam. Filem ini mendapat perhatian dari rakyat Malaysia, kerana ia berdasarkan Pilihanraya 9 Mei tahun lalu. Rise: Ini Kalilah dibintangi oleh selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan dan ramai lagi. Walaupun berbeza kutipan dari Paskal dengan hanya RM58,000, Rise: Ini Kalilah mempunyai sejarah yang tersendiri seangkatan dengan Paskal.

Banyak lagi filem Melayu akan berada di Netflix. Bagi yang belum subscribe Netflix tu, tunggu apa lagi? Mungkin satu hari nanti, kita dapat tengok siri original melayu dalam Netflix? Siapa tahu kan?

Sumber: MalayMail