Salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jisoo dilaporkan bakal tampil sebagai pelakon dalam drama fantasi popular, TVN iaitu Arthdal Chronicles.

Setakat ini, watak yang dimainkan oleh Jisoo masih lagi tidak diketahui namun sumber melaporkan bahawa wataknya akan muncul di tengah-tengah hingga ke penghujung drama tersebut.

Penglibatan Jisoo dalam drama tersebut sekaligus menjadikan ia drama pertama lakonan gadis itu selepas tampil sebagai cameo di dalam drama Producers pada tahun 2015.

Blackpink Jisoo Bakal Membintangi Drama Arthdal Chronicles?

Selain itu, Nickhun dari 2PM juga bakal membuat kemunculan dalam drama ini. Drama tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Song Joong Ki, Kim Ji Won, Jang Dong Gun dan Kim Ok Bin.

IKLAN

Drama yang telah ditayangkan di TVN dan Netflix itu bagaimanapun berhadapan dengan rating yang kurang dari jangkaan setelah 4 episod ditayangkan. Drama ini menceritakan tentang dunia politik yang melanda bandar purba bernama Arthdal.

Pada masa yang sama, pengkritik mengatakan bahawa watak, kostum, latar belakang malah konsep penceritaan “Arthdal ​​Chronicles” mempunyai persamaan dengan drama siri popular US, Game Of Throne.

IKLAN

Blackpink Jisoo Bakal Membintangi Drama Arthdal Chronicles?

Menurut Allkpop, ketika sidang media yang diadakan di Seoul, Korea Selatan bulan lalu,  pihak penerbitan drama ini nafi persamaan antara Arthdal ​​Chronicles dan Game Of Throne. Menurutnya, siri Game Of Throne merangkumi manusia zaman dahulu kala, sedangkan drama mereka hanya berdasarkan imaginasi semata.

IKLAN

Sekali pandang memang nampak macam sama. Mungkin story line belum berkembang. Masih terlalu awal untuk kritik. Gais! Drama ni ada Song Jung Ki kot! Mohon layan~

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI