5 Putera Raja Arab Ini Bakal Buat Wanita Cair

1544

Tak terkejut rasanya bila melihat ramai yang mengagumi akan personaliti putera raja dari serata dunia.

Lihat sahaja bagaimana Putera William dan Putera Harry mampu berdiri sebaris selebriti Hollywood kerana kemasyhuran yang mereka kecapi.Dalam ramai-ramai kerabat diraja yang mendapat perhatian dunia, putera-putera raja dari negara Timur Tengah ini juga tidak kurang hebatnya.

Memiliki raut wajah yang tampan membuatkan ramai anak remaja yang tak senang duduk melihatnya. Nak tahu macam mana hot ke tak putera-putera raja Arab ni, jom kita tengok sama ada 5 putera Timur Tengah berikut dapat mencairkan hati korang atau tidak.

1. Putera Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoun (aka Fazza) – Dubai

Dikenali sebagai putera raja yang mempunyai personaliti romantik, beliau telah meraih kemasyhuran dalam mengarang puisi romantis yang diluahkan daripada hati dan pemikirannya yang menawan.

Selain daripada berpuisi, beliau juga seorang yang gemar kepada sukan lasak. Putera Hamdan seorang penunggang kuda yang baik, malah dia juga merupakan pakar dalam bidang skydiver.

2. Putera Mohammed bin Hamad bin Khalifa Al Thani – Qatar

Antara putera raja Timur Tengah yang memiliki wajah paling handsome berbanding negeri-negeri  Arab yang lain. Bukan sahaja berwajah tampan, Putera Mohammed juga mempunyai karisma dan tahap pendidikan yang tinggi.

Beliau mempunyai pendidikan dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan sangat aktif dalam bidang kurikulum. Beliau juga turut mengetuai pasukan ekuestrian Qatar dalam penglibatan secara rasmi.

Selain daripada bahasa Arab, putera raja ini juga turut fasih dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

3. Putera Hashim bin Hussein – Jordan

Putera Hashim adalah putera bongsu kepada Raja Hussein, Jordan. Putera kacak ini juga tidak kurang hebatnya dalam mendapat pendidikan tertinggi dalam bidang akademik dan sukan.

Lulusan graduan dari Georgetown University ini menjadi ketua angkatan tentera yang berkhidmat kepada rakyat sebaik sahaja beliau menamatkan pelajarannya.

4. Putera Khalid bin Sultan Al Qasimi – Sharjah

Lain pula dengan seorang lagi putera raja Arab ni. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang seni fesyen dan muzik, putera raja ini telah melanjutkan pelajarannya di University College London untuk melatih kemahirannya dalam bidang seni.

Mengagumi Lady Gaga sebagai model, Putera Khalid juga mempunyai label fesyennya tersendiri di London, yang diberi nama ‘Qasimi’.

5. Putera Fahad Al Saud – Arab Saudi

Putera Fahad bukan sahaja memiliki wajah yang tampan tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang teknologi dan sosial media. Berkelulusan dari Stanford University, beliau dilantik sebagai ketua operasi Facebook di Arab.

Dengan kepakaran yang ada, Putera Fahad telah melaksanakan teknologi terkini dengan mencipta siri animasi dan komik web. Kehebatan luar biasa yang dimiliki oleh putera raja ini membuatkan dirinya lebih terkenal daripada hero-hero filem Hollywood.

Hmm, boleh tahan juga kan putera-putera raja Timur Tengah ni. Tapi REMAJA tak sure pula sama ada mereka ni masih single atau tidak. Kalau ada yang single bolehlah korang masuk jarum. Hiks!