5 Momen Paling Unexpected Bila Menonton AJL32, Terkedu Beb!

931

Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL32) pasti mendapat respon dan jumlah rating paling tinggi pada malam acara. Semalam, AJL32 nyata tak mengecewakan apabila netizen menganggapnya sebagai antara penganjuran terbaik dalam sejarah AJL selepas tahun 2000.

Bukan setakat set, LED dan lighting yang cantik, penonton di Axiata Arena Bukit Jalil dan di rumah juga terkesima bila mendengarkan vokal penyanyi , melihat konsep persembahan dan tergelak dengan bahan lawak yang menjadi ‘makanan’ dua pengacara AJL32 iaitu Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

Terkesima sangat sampai ada yang senyap-tak-tahu-nak-cakap-apa bila 5 momen ini terjadi.

Ini adalah 5 momen paling unexpected pada AJL32 semalam.

 

5 Bila Alif Usik Bentuk Badan Sherry

Pada mulanya, kami ingatkan Sherry Al-Hadad bakal digandingkan dengan Hefny Saad iaitu rakan pengacaranya semasa rancangan Muzik-Muzik dan Separuh Akhir Muzik-Muzik 32. Namun, selepas Alif Satar menggantikan Hefny mungkin atas sebab tertentu, ternyata Alif gandingan dan Sherry berjaya menghangatkan seluruh stadium!

Teringat pula zaman Najib Ali dan Sarimah Ibrahim pada tahun 2003 apabila Alif dengan selamba je mengusik kecomelan tubuh Sherry menggunakan bahasa isyarat. Seriously, kami ingat Sherry akan terus rasa down. Tapi bila dia berseloroh kembali, ternyata Sherry memang seorang pengacara profesional.

 

4 Nasha Aziz Buat Comeback

Kami semua berteriak apabila kak Nasha dijemput untuk mempamerkan trofi khas rekaan Rizman Ruzaini semalam. Bukan hanya trofi yang bling-bling, top model Malaysia yang terlibat semalam seperti  Aleeza Kassim, Tuti Noor, mama Tini dan kak Nasha Aziz juga disarungkan dengan baju emas kemilau. Siap aksesori fascinator lagi di atas kepala.

Paling unexpected apabila kak Nasha masih kekal vogue, posing dari depan ke belakang. Memang stage presence beliau bertaraf antarabangsa!

 

3 Bila Sajat Masuk Lambat

Selalunya apabila sebarang acara secara langsung dianjurkan, penonton tak dibenarkan untuk masuk atau keluar dewan agar tak menganggu perjalanan majlis dan kamera. Namun entah macam mana, pengasas kosmetik Nur Sajat berjaya juga ambil tempat duduk sewaktu Alif dan Sherry sedang bercakap di atas pentas.

Gamat seluruh dewan dengan kelibat Sajat. Kelas!

 

2 Sekali Ernie Zakri Tarik Suara…

Jujurnya, lagu nyanyian Syamel dan Ernie Zakri iaitu ‘Aku Cinta’ tidaklah sepopular lagu lain yang bertanding seperti ‘Menahan Rindu’ oleh Wany Hasrita, ‘Jampi’ oleh Hael Husaini dan ‘Tergantung Sepi’ oleh Haqiem Rusli.

Tetapi semalam, mereka berdua berjaya menutup mulut semua orang dengan kekemasan persembahan, baju yang dipakai, efek lighting dan lontaran vokal. Terutamanya apabila Ernie ‘menarik’ suaranya pada bahagian akhir sehingga 8th octave!

Dalam banyak-banyak pujian yang Ernie dapat, tentulah pujian Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang paling menjadi bualan ramai.

 

1 Prinzchiky Dinzly ‘Sailang’ Kemenangan Jampi

Akhirnya, Hael Husaini dan Ezra Kong diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 32. Congrats guys! Semasa berucap sebelum Hael menyanyikan semula ‘Jampi’, ini adalah momen paling penting dalam hidupnya dan dia cuba untuk recover daripada rasa terkejut dan terharu.

So obviously, highlight terakhir AJL32 semalam sepatutnya tertumpu kepada Hael Husaini dan Ezra Kong.

NOPE! Secara tiba-tiba, selebriti kontroversi Iqram Dinzly naik ke atas pentas semasa Hael sedang menyanyi dan BERJOGET tengah pentas! Adoi bro, bagilah Hael chance sikit. Asyik muka kau je, tak gentle langsung.

 

Honorary Mention

Hael Husaini Pernah Masuk Mentor Rupanya

Kami tak pernah tahu Hael Husaini pernah menyertai program Mentor musim ketiga dengan nama pentas, Sani. Semalam, Alif dan Sherry sempat berkongsi trivia itu sebelum memperkenalkannya ke atas pentas.

Rupanya semasa Mentor, pihak produksi merasakan nama Sani itu sesuai untuk dijadikan nama komersil. Hanya selepas itu, dia menyertai pula Akademi Fantasia bersama Azhar Osman sebagai duo, Azhael.