10 Filem Best 2017 Yang Harus Ditonton

2108

Tahun 2017 sudah pun memasuki bulan yang terakhir. Begitu cepat masa berlalu, pejam celik dah nak habis tahun 2017. Even Fattah Amin & Fazura pun dah kahwin. Tunggu masa dapat kad jemputan saja (eh?).

Sudah jadi kebiasaan bila tiba penghujung tahun ramai orang membicarakan apa yang terbaik berlaku sepanjang tahun ini, tidak kiralah dari segi fesyen, hiburan, drama, pelakon paling top dan juga filem. Sebagai antara ‘kaki movie‘ yang bolehlah dikatakan agak tegar, Remaja ingin kongsikan 10 buah filem yang wajib ditonton sepanjang tahun 2017.

Terlebih dahulu Remaja ingin tegaskan disini bahawa senarai ini merupakan pandangan peribadi penulis dan pilhan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pandangan atau pengaruh daripada mana-mana pihak. So, apakah 10 buah filem best yang telah penulis tonton tahun ini?

1.GET OUT

Bolehkan sebuah fikem horror menjadi sebuah filem yang fun dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej tentang isu perkauman dengan cukup elegan? Absolutely yes! Get Out merupakan sebuah filem yang cukup bijak mengupas isu perkauman yang berlaku tanpa sedar khususnya di Amerika Syarikat. Muncul dengan filem debut arahan pertamanya, Jordan Peele yang juga pelakon komedi terkenal telah menghasilkan sebuah filem paling menarik pada tahun ini.

2. WONDER WOMAN

Dengan kecelaruan yang menimpa filem DCEU sebelumnya (Batman V Superman & Suicide Squad), mampukah Patty Jenkins mengembalikan kepercayaan peminat? Yes, they did it! Secara peribadui penulis menganggap Wonder Woman merupakan antara filem superhero terbaik dihasilkan pada tahun ini. Walaupun pada awal ramai yang sangsi dengan pemilihannya namun Gal Gadot membuktikan kredibilitinya dengan membawakan watak Wonder Woman dengan cukup cemerlang.

3. LOGAN

The end of an era. Filem berlatar belakangkan tahun 2029 memaparkan Logan (Wolverine) yang kini sudah meningkat usia berdepan dengan cabaran bagi memastikan kelangsungan hidupnya dan Professor X. Selama 25 tahun  mutant telah ‘dibasmi; oleh kerajaan dan mereka antara yang terakhir masih wujud. Pertemuan mereka dengan seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai kuasa seperti Logan mengubah segala. Dengan penampilan terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine, ini memberikan satu lagi elemen istimewa.

4. DUNKIRK

Karya-karya Christopher Nolan merupakan antara filem yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Dengan sentuhan serta gaya arahan yang sentiasa hebat, Christoher Nolan kali ini tampil dengan sebuah filem perang, Dunkirk. Menerusi filem ini, kita dibawa mengenali apa itu makna pure cinema. Mengisahkan tentang misi menyelamatkan tentera British dari pesisir pantai Perancis, Nolan membawa penonton merasai situasi perang dengan cukup terperinci. Dunkirk bukan sekadar penceritaan tetapi sebuah pengalaman.

5. BABY DRIVER

Kami memilih filem ini bukan kerana sebab berpeluang bertemu mata dengan (OMG!) dua pelakonnya, Ansel Elgort dan Lily James serta pengarah berkalibar, Edgar Wright di Kuala Lumpur tidak lama dahulu. Bukan ya, bukan sebab itu,. Baby Driver is such a joyful movie to watch. Ia seumpama filem muzikal bermekanikal motor penuh adrenalin hebat. Pemilihan lagu yang diadun dengan setiap babak terutamanya adegan aksi cukup luar biasa. Dan lakonan Ansel Elgort… pheww… ya cukup terbaik!

6. THE LEGO BATMAN MOVIE

Dengan kemunculannya yang cukup epik menerusi Lego Movie (2014), maka cukup bertepatanlah LEGO Batman mendapat filemnya sendiri. The Lego Batman Movie merupakan filem spin-off daripada filem tersebut dengan menggunakan karakter daripada komik DC. Kita dibawa mengenal dunia Batman yang saban hari bertarung nyawa menyelamatkan Gotham City, Namun, di sebalik topeng kelawar itu wujud seorang lelaki penuh jiwa yang dahagakan kasih sayang. Ini bukan sahaja filem komedi terbaik tetapi filem supehero yang hebat.

7. SPIDER-MAN: HOMECOMING

Finally, Spider-Man kembali ke ‘tempat’ asalnya! Dengan persetujuan Marvel Studi dan Sony Pictures, karakter Spider-Man akhirnya muncul di dalam Marvel Cinematic Universe. Selepas kemunculan pertamanya menerusi Civil War, Spidey akhirnya muncul dalam filemnya sendiri (dalam siri MCU) dengan judul Spider-Man: Homecoming.  Menerusi rendition ketiga kisah Peter Parker ini kita dibawa ke dalam hidupnya yang cukup normal di sekolah. Membawa tema coming of age, ini merupakan filem Spider-Man terbaik setakat ini.

8. THOR: RAGNAROK

Berbeza dengan dua filem terdahulu, Thor: Ragnarok tampil dengan tema yang cukup colorful. Malah, ia juga cukup ‘kaya’ dengan jenaka spontan yang cukup menggelikan hati. Tidak keterlaluan untuk Remaja katakan bawaha ia merupakan filem paling kelakar dalam sejarah filem-filem MCU. Ini mungkin pengaruh daripada pengarah, Taika Waititi yang sebelum ini cukup popular dengan What We Do In The Shadow (filem vampire paling kelakar di dunia) dan Hunt for the Wilderpeopla. Thor: Ragnarok juga menjadi antara buddy-movie (gandingan Thor & Hulk) terbaik Marvel Studio.

9. LADY BIRD

Diarahkan oleh Greta Gerwig, Lady Bug menampilkan Saoirse Ronan sebagai pelakon utama membawakan bawak sebagai Christine McPherson (yang menggelarkan dirinya Lady Bird), seorang senior di sebuah sekolah Katolik di Sacramento. Filem coming of age ini turut mendapat rating 100% di Rotten Tomatoes dan merupakan filem mendapat review paling banyak dengan jumlah skor tersebut. Sebuah filem drama komedi yang wajib ditonton!

10. JOHN WICK: CHAPTER 2

Dahagakan filem aksi yang bukan hanya memaparkan adegan letupan dan bertumbuk membosankan? Inilah jawapannya! Meneruskan legasi daripada filek pertamanya, John Wick: Chapter 2 membawakan kisah lanjutan John Wick yang dalam misi meneruskan kehidupan normal. Namun, ketenangan itu diganggu oleh ketua gangster, Santino D’Antonia yang menuntut ‘hutang’ lama daripada John Wick. Tidak terpengaruh dengan tipu helah, John Wick berusaha membebaskan dirinya daripada kemelut ini.